Bagaimana Mengkritik Pekerja ?
Posted by Shahabudeen Jalil
Sebagai usahawan kita perlu tahu cara dan kaedah terbaik untuk mengkritik pekerja bawahan.
Teknik yang biasa digunakan oleh usahawan adalah dengan cara berterus-terang.
Contohnya :
"Awak memang tak tahu buat kerja"
"Kerja semudah ini pun tak dapat awak habiskan, awak memang lembab"
"Tak boleh ke datang kerja on-time ? awak memang tak akan berubah"
Kaedah ini mungkin dapat memuaskan hati kita tetapi kaedah ini akan menghasilkan 3 kesan buruk iaitu :
1. Pekerja itu tidak akan berubah.2. Kita akan letih dengan mengkritik. Akhirnya kita biarkan saja.
3. Hubungan antara pekerja dan kita akan semakin keroh hari demi hari.
Hasilnya ?
Prestasi perniagaan kita akan merosot dan kita perlu mencari jalan baru untuk mengantikan pekerja. Semua ini memakan masa dan kos.
Kritikan yang terbaik mempunyai ciri-ciri berikut :
1. Terdapat perubahan dalam cara kerja pekerja tersebut.
2. Menjadikan pekerja ini tidak membela diri atau mencari alasan.
3. Kita dapat berkerjasama dengan lebih baik untuk mencapai objektif.
4. Kita dan pekerja kita berasa senang dan gembira. Hubungan baik.
Bagaimana caranya ? Cuba kaedah ini,
1. "Awak ini seorang yang mempunyai potensi yang sangat tinggi, tetapi awak belum mencapai sehingga ke potensi ini lagi."
2. Kemudian terangkan kepada pekerja anda tentang bagaimana pekerja ini dapat mencapai ke pontensi yang beliau ada.
Hasilnya ?
Jika biasanya Hamid akan mencari alasan untuk mempertahankan diri, tetapi kali ini Hamid akan mula berfikir secara tidak sedar.
"Aisehman, aku nie ada potensi tinggi rupanya. Kenapa selama ini aku tak tahu. Bos sendiri dapat nampak potensi aku.. he he he.. aku mesti improve kerja aku untuk mencapai potensi ini. Ye ye ye, aku boleh, aku pasti boleh."
Kritikan yang efektif ini bertukar menjadi pujian.
Kritikan ini akan mengfokuskan bob kepada potensi diri sendiri berbanding mengfokuskan perhatiannya untuk menentang kita (boss).
Jadikan kritikan satu pujian.
Salam Perniagaan
Shahabudeen Jalil
No comments:
Post a Comment